Untuk X50 biasa, ia dijual berharga RM2,399 manakala X50 Pro pula dipasarkan pada harga RM3,199. Hanya satu varian warna sahaja yang ditawarkan iaitu Alpha Grey dan satu sahaja untuk varian memori iaitu 8GB/256GB.
Spesifikasi vivo X50 Pro didatangkan dengan cip pemprosesan Snapdragon 765G, skrin berukuran 6.56 inci AMOLED Full HD+ serta kadar segar semula 90Hz. Ia menawarkan kuad kamera 48MP + 13MP + 8MP + 8MP serta swafoto tunggal 32MP.
Bateri yang ditawarkan adalah berkapasiti 4315mAh dan pada masa yang sama turut menyokong pengecasan pantas 33W FlashCharge 2.0. Antara yang menarik mengenai perisisan siri vivo X50 kali ini adalah ia menawarkan antara muka Funtouch OS yang lebih kemas dengan rekaan ke arah Android asli.
Bersama-sama dengan pembelian peranti, anda akan mendapat percuma 1 unit pembesar suara Logitech dan 1 unit pembersih udara.
Sumber: vivo Malaysia
Berkaitan
- Cara Membeli Produk Apple Dengan Harga 'Pelajar' Yang Lebih Rendah
- vivo Hasilkan Video Kempen Raya - Tekankan Hubungan Kekeluargaan Walau Ketika Berjauhan
- OnePlus 9 Pro Akan Guna Rekaan Sama Seperti OnePlus 8T Dengan Penambahan Skrin Lengkung
- Microsoft Perkenal Surface Pro 7+ Dengan Sokongan LTE, CPU Intel Gen-11, Dan Bateri Lebih Besar
- realme X7 Pro 5G Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 26 Januari - Flagship Sebenar realme?
- realme 7 Pro Dijual Secara Rasmi Pada RM1499, realme 7 Pula RM1299
- Galax Malaysia Adakan Promosi Jualan RTX 2060 Hanya RM99 Sahaja 16 September Ini
- MSI Umum 4 Model Komputer Riba Untuk Pengkarya Digital Professional
- Akan Ada 3 Model Dalam Siri OnePlus 9 - OnePlus 9E, 9 Dan 9 Pro
- Xiaomi Akan Perkenalkan Produk Ekosistem Baharu Pada 15 Julai - Antaranya Mi Band 5 Dan Skuter Elektrik