Peranti Boleh Lipat Memfokuskan Permainan Video Pertama Mungkin Hadir Dari Jenama Sharp

Ketika pengeluar lain memfokuskan pembangunan peranti boleh lipat pertama mereka, Sharp nampaknya mempunyai idea yang sedikit berbeza.

Mereka didakwa sedang dalam perancangan untuk memperkenalkan peranti boleh lipat memfokuskan permainan video tidak lama lagi.

Ia berdasarkan satu rekaan paten yang didedahkan oleh pihak LetsGoDigital baru-baru ini.

Kapsyen: LetsGoDigital


Menurut rekaan paten berkenaan, peranti Sharp ini adalah lebih panjang dari peranti boleh lipat lain serta digambarkan akan hadir dengan butang kawalan D-pad digital.

Sebagai peranti menfokuskan permainan video, ia perlu mempunyai spesifikasi yang tinggi seperti penggunaan cip terkini serta sistem penyejukan bagi mengawal suhu peranti.

Adakah Sharp akan benar-benar membangunkan peranti ini nanti? Ia adalah sangat menarik untuk diperhatikan.

 

Sumber: LetsGoDigital