Peranti Boleh Lipat Huawei Akan Diperkenalkan 2 Hari Lagi

Samsung telah memperkenalkan secara rasmi peranti boleh lipat mereka bersama-sama siri Galaxy S10 dalam acara Samsung Unpacked di San Francisco, semalam.

Tidak mahu menunggu lama, pencabar nombor satunya, Huawei Mobile pula dijangka akan melancarkan model dengan ciri sama dua hari lagi(24 Februari).

https://twitter.com/HuaweiMobile/status/1098646349774491649

Menurut kicauan terbaru di akaun Twitter rasmi mereka, peranti tersebut akan diperkenalkan semasa acara MWC 2019 di Barcelona pada jam 9 malam waktu Malaysia, Ahad ini.

Tidak banyak maklumat mengenai spesifikasi peranti ini telah didedahkan. Namun, antara yang hampir pasti melengkapi peranti tersebut ialah cip Kirin 980 serta sokongan sambungan 5G.

Selain itu, nama yang disebut-sebut akan menjadi nama rasmi peranti ini nanti ialah Huawei Mate Flex, namun kesahihannya hanya akan dapat diketahui pada 24 April nanti.

 

Sumber: @HuaweiMobile