Peranti Boleh Lipat Berkemungkinan Menjadi Lebih Murah Berbanding "Flagship" Yang Ada Pada Hari Ini Di Masa Hadapan

Semasa acara MWC 2019 yang berlangsung di Barcelona hujung bulan lepas, beberapa peranti boleh lipat telah diperkenalkan oleh para pengeluar.

Antara yang paling mencuri tumpuan ialah Samsung Galaxy Fold dan juga Huawei Mate X.

Bagaimanapun, harga pasaran bagi kedua-dua peranti berkenaan adalah agak tinggi.

Bercakap mengenainya, CEO Huawei Richard Yu memberi gambaran bahawa peranti boleh lipat akan mampu dijual pada harga lebih rendah dalam tempoh lima tahun mendatang.

Kapsyen: Daily Express UK


Malah, menurut beliau, ia berkemungkinan besar akan dapat dijual pada harga yang lebih murah berbanding peranti flagship yang ada pada hari ini.

Ini kerana apabila peranti boleh lipat menjadi semakin popular kelak, kos penghasilannya akan menjadi lebih murah.

Kami berpendapat bahawa dengan harga maksima RM3500, peranti boleh lipat ini mungkin akan dapat menarik perhatian pengguna.

Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda berminat untuk mendapatkan peranti boleh lipat di masa akan datang?

Kongsikan pandangan anda bersama kami di ruangan komen.

 

Sumber: Phone Arena