Peranti Black Shark Diperkenalkan Dengan Ciri Penyejukan Cecair

Peranti yang ditunggu-tunggu oleh peminat Xiaomi kini sudah rasmi diperkenalkan yang memfokuskan tentang konsep permainan maya di dalam sebuah telefon pintar. Sebelum ini cuma Razer Phone sahaja yang mensasarkan golongan gamers dengan skrin paparan  yang mempunyai refresh rate sehingga 120 Hz.

Black Shark juga memperkenalkan perkakasan pertama yang boleh digunakan bersama peranti mereka bagi memberikan nilai tambah kepada peranti keluaran mereka. Peranti ini kini boleh didapati melalui pra-tempahan di China dan tiada perbincangan yang timbul samada peranti ini akan dijual secara rasmi di luar China.

Spesifikasi Peranti Permainan Black Shark































Spesifikasi
CPU Qualcomm Snapdragon 845 & Adreno 630
RAM LPDDR4X @ 6GB atau 8GB
Ruang Simpanan UFS 2.1 64GB atau 128GB
Skrin Paparan 5.99" 2160x1080 IPS LCD pada 60 Hz
Bateri 4, 000 mAh dengan Quick Charge 3.0
Warna Polar Night & Sky Gray

 

 

Kapsyen: Polar Night


Kapsyen: Sky Gray


Xiaomi tidak menyatakan kadar refresh untuk skrin peranti Black Shark tetapi dipercayai cuma berada di tahap 60 Hz. Telefon pintar ini juga menyertakan tetapan dwi-kamera 12-megapiksel (1.25um, PDAF) dan 20-megapiksel (1.0 um, PDAF). Kedua-dua sensor ini mempunyai bukaan lensa sebanyak f/1.75.



Kamera hadapan pula menampilkan sensor 20MP dengan aperture f/2.2. Tetapi ciri paling menarik perhatian adalah sistem penyejukan peranti menggunakan cecair. Black Shark mendakwa suhu CPU boleh diturunkan sehingga 8°C dan butang khas 'SHARK' akan mengaktifkan mode prestasi peranti.

Untuk sistem antaramuka pula, peranti ini tidak akan menggunakan MIUI dari Xiaomi seperti yang didakwa sebelum ini sebaliknya akan menggunakan UI yang direka khas oleh Black Shark bernama JOY UI.



Untuk perkakasan peranti yang diberi nama Black Shark Gamepad pula, ia akan diberikan secara percuma untuk 50,000 pelanggan pertama yang membeli peranti ini. Gamepad ini dihubungkan dengan peranti melalui sambungan Bluetooth dan mempunyai ruang bateri tersediri yang berkapisiti 340 mAh. Ia menampilkan satu joystick yang boleh digunakan untuk mengawal pergerakan dengan mudah untuk permainan seperti PUBG Mobile.

Peranti Black Shark dijual dengan harga RM 1, 850 untuk peranti 6GB/64GB dan RM 2, 161 untuk versi 8GB/128GB. Untuk perkakasan Gamepad, ia akan dijual berasingan dengan harga tidak melebihi RM 110.

Sumber