Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Peranti Berkuasa Tinggi Terbaru Nokia Mungkin Akan Digelar Nokia 9 PureView

Peranti Berkuasa Tinggi Terbaru Nokia Mungkin Akan Digelar Nokia 9 PureView

Diterbitkan Oktober 3, 2018 ยท Dikemas kini Oktober 3, 2018 oleh Haikel Areff

Ramai peminat peranti Nokia sudah mula berasa jengkel apabila syarikat yang kini dimiliki HMD Global berkenaan masih lagi belum memperkenalkan peranti kelas perdana baru selepas Nokia 8.

Penantian mereka dilihat semakin hampir ke penghujung apabila Nokia dijangka akan melancarkan model berspesifikasi tinggi mereka tidak lama lagi. Ia dikatakan akan digelar sebagai Nokia 9 PureView.

Peranti Berkuasa Tinggi Terbaru Nokia Mungkin Akan Digelar Nokia 9 PureViewKredit : Wccftech

PureView merupakan penjenamaan teknologi bagi kamera Nokia sejak sekian lama. Maka, nama itu amat sesuai memandangkan terdapat ura-ura yang peranti baru Nokia ini akan menggunakan lima lensa pada kamera utamanya nanti.

Sesuai dengan statusnya sebagai peranti perdana, kami menjangkakan Nokia 9 PureView akan hadir dengan cip pemprosesan terkini, memori yang besar serta ciri-ciri premium lain seperti imbasan cap jari dalam skrin.

Nokia sebelum ini seperti yang diketahui telah menghantar jemputan kepada rakan-rakan media mereka bagi menghadiri satu majlis yang akan diadakan pada 11 Oktober nanti. Mungkinkah Nokia 9 PureView akan diperkenalkan secara rasmi pada majlis tersebut? Mungkin.

 

Sumber : Wccftech

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY