Disebabkan Apple, Ketahanan Bateri Peranti Android Akan Meningkat Tahun 2020

Iphone merupakan peranti yang sememangnya menjadi penanda aras dan ikutan buat peranti yang lain khususnya Android. Walaupun agak ketinggalan dalam melakukan inovasi jika dibandingkan dengan Android, Iphone dilihat mempunyai kekuatannya sendiri terutamanya dalam implementasi sesebuah inovasi tersebut.

Bagi isu bateri, Iphone amat terkenal dengan mempunyai kapasiti bateri yang kecil dan para pengguna Iphone sering diejek dan dikaitkan dengan powerbank.

Walaupun peranti-peranti Android sebelum ini telah lama menggunakkan bateri berkapasiti besar. Namun, pada tahun ini Apple dilihat telah mengatasi peranti-peranti Android yang lain.


iPhone 11 Penanda Aras Android Tahun 2020


Menurut sumber dari Android Authority, peranti Android pada tahun 2020 dijangka akan mempunyai keupayaan bateri lebih baik berbanding sebelumnya.

Ia kerana kejayaan Iphone 11 Pro Max yang telah berjaya menewaskan beberapa nama besar dalam ujian ketahanan bateri yang dilakukan oleh beberapa pengulas gajet terkenal seperti MrWhosetheboss dan Matthew Moniz di mana Iphone 11 Pro Max telah mengalahkan Samsung Galaxy Note 10+ dan Huawei Mate 30 Pro walaupun mempunyai kapasiti bateri yang lebih besar.

https://youtu.be/VFYAACe2Nmk

Kredit : Mrwhosetheboss


https://youtu.be/KQPt_1URvao

Kredit : Matthew Moniz


Menurut Android Authority lagi, beberapa nama besar seperti Google Pixel dan Samsung dijangka akan membuat penambahbaikan keupayaan bateri bagi peranti mercu 2020.

Walaupun gagal dalam siri Google Pixel 4 dan 4XL, Google dilihat sedang membuat penambahbaikan pada Google Pixel 2020 terutamanya dari segi keupayaan bateri. Samsung juga dilihat akan hadir dengan kapasiti bateri lebih besar pada siri Galaxy S11 dan beberapa pranti mercu yang lain.

Oleh itu, para pengguna Android khususnya perlu berterima kasih kepada “syarikat buah” tersebut kerana keupayaan bateri Iphone 11 Pro Max yang cemerlang akan mencetuskan lagi inovasi bateri untuk peranti-peranti yang lain.

Dengan kehadiran skrin 90Hz pada tahun hadapan, pengeluar Android lain perlu menitik beratkan perisian mereka. Bukan sahaja saiz bateri yang besar, malah mereka perlu memperbaiki cara pengurusan bateri dengan lebih efisyen.

Namun begitu, Apple masih lagi jauh di belakang Android bagi sistem pengecasan pantas.

Baca lagi: A13 Bionic, Rahsia Di Sebalik Kehebatan Bateri Iphone 11 Pro Max