Peranti Android Masih Menguasai Pasaran Telefon Pintar Di Malaysia

Peranti Android juga menguasai pasaran di Indonesia, Jepun, Perancis dan Korea Selatan.


Menurut data dari pihak Device Atlas setakat suku ke-2 tahun 2019, peranti Android masih menguasai pasaran  peranti pintar di Malaysia berbanding peranti iOS.

Penguasaan peranti Android adalah amat ketara di mana ia menguasai sebanyak 79.16%. Sementara penguasaan peranti iOS pula hanya sebanyak 20.56% sahaja.

Kapsyen: Kredit: Device Atlas


Malah peranti Android juga menguasai beberapa pasaran telefon pintar dibeberapa buah negara lain termasuklah India, Indonesia, Ireland, Jepun, Perancis dan Korea Selatan.

Bagi peranti iOS pula, ia lebih menjadi pilihan pengguna di negara-negara seperti Itali, Poland, Mesir, Norway dan Turki.

Manakala di U.K dan Kanada pula, penguasaan pasaran antara iOS dan Android adalah hampir seimbang dengan perbezaan yang sangat kecil antara 2 sistem operasi peranti pintar.

Kapsyen: Peta menunjukkan penguasaan peranti iOS dan Android di seluruh dunia. Kredit: Device Atlas

Berkaitan