Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
hqdefault (1)

Peranti Android Go Akan Dapat Ciri Mod Malam Dan HDR

Diterbitkan Oktober 7, 2020 oleh Helmi Samsuri

Peranti pada segmen permulaan dan bajet hanya datang dengan spesifikasi “cukup-cukup makan”. Bagi menambah baik kelancaran penggunaan dan prestasinya, Google menghadirkan sistem operasi khusus iaitu Android Go.

Penawaran versi Go itu turut diiringi dengan beberapa aplikasi Go yang lain contohnya seperti Camera Go. Sedia diperkenalkan sejak Mac yang lalu, ia membantu perkakasan kamera asas menghasilkan kualiti yang lebih baik.

Kini bagi memberi pengalaman lebih baik lagi kepada pengguna, Google akan menghadirkan ciri mod malam dan HDR untuk peranti yang menjalankan sistem operasi Android Go.

Peranti Android Go Akan Dapat Ciri Mod Malam Dan HDR

Ciri mod malam akan ditawarkan terlebih dahulu dan antara peranti yang sudah menikmatinya adalah Nokia 1.3, Wiko Y61 dan Y81. Model-model permulaan lain bakal menyusul kemudian. Satu lagi ciri iaitu HDR, ia akan ditambah berkemungkinan sebelum tahun 2020 tamat.

Kedua-dua ciri ini mungkin tidak setanding dengan apa yang kita boleh lihat pada peranti pertengahan dan flagship, tetapi sedikit sebanyak membantu peranti permulaan mendapatkan imej yang lebih baik dari sebelumnya.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY