Bagaimanapun, anda mungkin tersilap memberikan kebenaran untuk laman web tertentu menghantar notifikasi, yang menjadikan anda rimas dan rasa terganggu kerana menerima notifikasi yang terlalu kerap.
Sekiranya anda menerima notifikasi yang berterusan daripada laman web yang tidak diingini dan ingin menyekat atau mematikan fungsi ini, berikut adalah langkah yang perlu dilakukan.
Cara hentikan notifikasi laman web di Google Chrome
Untuk memulakannya, buka aplikasi Chrome pada telefon pintar atau tablet dan tekan pada ikon tiga titik di sebelah kanan. Kemudian, pilih "Settings" untuk ke langkah seterusnya.
Setelah itu, tatal ke bawah dan pilih bahagian "Notification".
Sekali lagi anda perlu tatal ke bawah dan di bahagian "Sites", matikan fungsi "Show Notifications" jika anda ingin menyekat notifikasi dari semua laman web.
Untuk menyekat notifikasi dari laman web tertentu, pilih salah satu senarai laman web dan di bahagian "Show Notifications", matikan fungsi ini.
Itu sahaja tips pada kali ini. Semoga bermanfaat.
Tinggalkan komen jika ada sebarang pertanyaan berhubung tips ini atau tips yang lain.
Berkaitan
- CelcomDigi Tawar Pelan 5G Home WiFi Tanpa Kontrak - RM99/Bulan, Kuota Internet 1TB
- Guna Cara Ini Untuk Jadi Preferred Seller Dekat Shopee
- Google Lancar Ciri Seperti "Find My" Apple, Boleh Jejak Peranti Di Luar Talian
- Produk Cecair Untuk Rokok Elektronik, Vape Dikenakan Cukai Mulai 1 April
- KKD Umum Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih
- Google Play Store Bolehkan Pengguna 'Uninstall' Aplikasi Peranti Yang Disambung
- Cara Mohon Salinan Sijil PMR, SPM Dan Lain-Lain Secara Dalam Talian
- Mi 11 Ultra Turut Diumumkan - Hadir Dengan Panel Skrin Kedua
- Arab Saudi Perkenal Kereta Golf Elektrik Untuk Tawaf
- Mi MIX Fold Diumumkan - Telefon Boleh Lipat Pertama Xiaomi Dengan Lensa Cecair, Harga Bermula ~RM6316