Peranti Anda Mungkin Sudah Pun Terima Ciri Tema Gelap Facebook


Seperti semua sedia maklum, ciri tema gelap Facebook sudah pun boleh diaktifkan pada semua pelayar laman sesawang.

Tetapi bagi aplikasinya pula, sehingga kini tetapan tema gelap itu masih belum boleh diaktifkan pengguna dalam peranti pintar mereka.

Pertama kali ura-ura tentang tema gelap pada aplikasi Facebook mula didedahkan adalah dalam bulan April lalu.

Namun begitu dari perkongsian dari beberapa pengguna Android dan iOS, mereka sudah pun terima lebih awal tetapan tema gelap untuk aplikasi Facebook dalam peranti pintar mereka.

Perkara ini turut disahkan oleh pihak Facebook sendiri menerusi perkongsian bersama seorang pengguna Twitter.



Jadi, anda bolehlah menyemak sekiranya anda juga sudah terima tetapan bagi mengaktifkan ciri tema gelap dalam aplikasi Facebook anda.

Tetapan tema gelap itu boleh diaktifkan dari Settings & Privasi > Dark Mode.



Sumber: Macrumors