Peranti 5G Nubia Sah Akan Dilancarkan Pada Tahun Ini

Sambungan 5G merupakan salah satu daripada teknologi utama yang dibangunkan sepanjang tahun 2019.

Beberapa syarikat pengeluar peranti seperti Samsung, Xiaomi, Huawei dan Vivo telah mengesahkan akan melancarkan telefon 5G mereka tidak lama lagi.

Kapsyen: Gambar Hiasan: Nubia X(Mobile Scout)


Kini, tiba giliran Nubia pula untuk melakukan perkara sama apabila Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ni Fei mengesahkan telefon 5G pertama Nubia bakal membuat kemunculan pada tahun ini.

Ia sekaligus memberi membayangkan bahawa mereka akan hadir dengan peranti yang dikuasakan oleh Snapdragon 855 dalam masa terdekat.

Walaubagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada ia bakal diperkenalkan semasa acara MWC 2019 nanti ataupun tidak.

 

Sumber: Tech Sina via GizmoChina