Perancis Haramkan Penggunaan Telefon Didalam Kereta, Walaupun Berhenti Di Tepi Jalan

Penghujung tahun lepas, kita telah diberitakan tentang pengharaman telefon pintar dalam kalangan pelajar bawah 15 tahun disekolah oleh kerajaan Perancis.

Terbaru, negara tersebut mengumumkan undang-undang yang melarang penggunaan peranti mudah alih di dalam kereta walaupun pemandu itu berhenti di tepi jalan sekalipun.

Pemandu dikehendaki meletakkan kenderaan di kawasan parkir terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan peranti mereka, selain enjin kenderaan juga perlu dimatikan.

Sekiranya pemandu didapati melanggar peraturan itu, saman sebanyak 135 Euro (~RM651.17) akan dikenakan. Walaubagaimanapun, kelonggaran untuk menggunakan peranti akan diberikan kepada pemandu yang mengalami kemalangan atau kereta rosak.

Sumber: Le Figaro