YouTube sebagai salah satu penyedia laman sesawang video terbesar di dunia akan melakukan beberapa langkah bagi menangani masalah ini. Mereka mengumumkan perkara ini semasa acara berita di New York.
Langkah pertama adalah mengubah algoritma di dalam YouTube bagi mengutamakan video dari sumber yang boleh dipercayai. Pengguna akan melihat video dari sumber yang tulen meduduki tempat teratas diikuti video-video berkaitan lain.
Seterusnya adalah memasukkan carian Google News di dalam panel YouTube setelah carian video dibuat.
Fungsi ini ditambah bagi menangani isu-isu terkini terutamanya sepertiĀ mass shooting yang pernah berlaku di Amerika Syarikat atau konspirasi-konspirasi seperti pendaratan manusia di bulan. Pengguna terdedah dengan cerita-cerita konspirasi yang masih belum dibuktikan kesahihannya.
Dengan memasukkan bantuan teks dari sumber seperti Wikipedia dan Encylopedia Britannia, pengguna diharap tidak hanya melihat maklumat yang berpihak kepada satu sudut sahaja.
Ketua Pegawai Produk YouTube, Neal Mohan berkata penambahan ini akan dilaksanakan untuk 17 negara termasuk Amerika Syarikat dan akan diperluaskan lagi untuk negara-negara lain pada masa akan datang.
Usaha ini adalah sebahagian dari intiatif Google yang bernilai RM 1.2 bilion. RM 101 juta dari nilai tersebut akan diperuntukkan dalam pembiayaan inovasi untuk organisasi berita bagi mendapatkan lebih banyak sokongan dan kerjasama dengan industri berkaitan pada masa akan datang.
Sumber
Berkaitan
- Youtuber Terkenal PewDiePie Akan Berhijrah Ke Platfrom Switch
- WhatsApp Mungkin Menggunakan Khidmat Pengulas Palsu
- YouTube Uji Ciri Baru, Boleh Terus Tonton Video Di Halaman Utama
- Alibaba Diletakkan Dalam Senarai Hitam Bagi Barangan Palsu
- Syarikat Pemaju Hartanah, Wanda Menyaman Platform Sosial Media Atas Penyebaran Berita Palsu
- Adakah WhatsApp Akan Menerima Sokongan YouTube Di Dalam Aplikasi
- Nasa Memuat Naik Rakaman Bersejarah Di Youtube
- Facebook Memberitahu Pengguna Berapa Lama Mereka Menghabiskan Masa Untuk Aplikasi Tersebut
- Penggunaan Facebook Untuk Berita Semakin Menurun Oleh Golongan Muda
- Youtube Mengubah Peraturannya Sekali Lagi