PepsiCo Menempah 100 Trak Semi Dari Tesla

PepsiCo Inc telah membuat tempahan 100 trak semi yang baru dilancarkan oleh Tesla Inc. baru-baru ini. Tempahan tersebut mungkin tempahan terbesar yang diterima oleh Tesla Inc. untuk trak elektrik mereka.

Pembuat minuman soda dari Amerika Syarikat itu sedang mencari kaedah untuk mengurangkan kos mereka dari segi minyak dan perlepasan karbon dari operasi mereka.

Tesla sebelum ini cuba meyakinkan komuniti trak yang mereka mampu membina trak elektrik mampu milik berkemampuan beroperasi dengan kapasiti kargo yang besar serta jarak yang jauh berbanding trak pembakaran dalam.



Tesla ketika ini mempunyai tempahan lebih kurang 285 trak dari pelbagai syarikat termasuk PepsiCo dan Wal-Mart Stores Inc.

PepsiCo bercadang menggunakan trak Tesla untuk penghantaran makanan snek dan minuman mereka dari kilang pembuatan mereka terus ke pembeli dalam jarak 800 km, jarak yang dijamin sendiri oleh CEO Tesla, Elon Musk.