Pihak Microsoft mengesahkannya.

Jika komputer anda menggunakan sistem operasi Windows 10 versi 1809 (17763), anda mungkin merasakan tempoh masa mematikan (shut down) komputer tersebut akan memakan masa lebih lama daripada biasa.

IKLAN

Malah ia mungkin mengambil masa sehingga lebih daripada 60 saat bagi proses mematikan komputer tersebut. Isu ini telah disahkan sendiri oleh pihak Microsoft di laman blog techcommunity Microsoft semalam.

Microsoft menyatakan, masalah ini berlaku kerana berpunca daripada pepijat yang ada pada perisian sambungan USB-C (USB Type-C Connector System Software Interface (UCSI)).

Mereka menerangkan, situasi ini akan berlaku sekiranya terdapat sebarang peranti USB-C (termasuklah pengecas komputer riba) masih bersambung dengan komputer yang sedang dalam proses shut down atau ditetapkan kepada mod sleep oleh penggunanya.

IKLAN

Walaubagaimanapun Microsoft berkata, pepijat tersebut tidak menjejaskan fungsi sambungan USB-C atau peranti. Komputer dengan sistem Windows 10 v1809 (17763) sepatutnya akan berfungsi seperti biasa selepas ia di ‘restart‘ atau dihidupkan kemudian.

Jadi, sekiranya komputer yang anda gunakan itu masih menggunakan versi Windows 10 tersebut, disyorkan supaya segera mengemas kininya kepada versi Windows 10 version 1903 bagi membetulkan semula masalah sistem sambungan UCSI tersebut.

IKLAN