Pepijat Di Dalam PlayStation 4 Membuatkan Konsol Tersebut Tidak Stabil & Tidak Boleh Berfungsi

Pemilik konsol PlayStation 4 (PS4) perlu berhati-hati kerana ketika ini terdapat satu pepijat yang membuatkan konsol anda tidak dapat berfungsi secara normal. Amaran ini telah didedahkan di laman Reddit dimana beberapa pemilik konsol terkenal Jepun itu telah menerima pesanan dari orang yang tidak dikenali melalui aplikasi messages.

Pepijat ini juga didakwa digunakan di dalam permainan atas talian membuatkan konsol pihak lawan crash dan tidak dapat menghabiskan perlawanan. Berikut merupakan screenshot yang menunjukkan pesanan yang diterima:



Pengguna Reddit juga memberikan cara untuk memadam pepijat tersebut seterusnya menyelamatkan konsol PS4 mereka dari crash. Pengguna telah memuat turun aplikasi Messaging Sony PS4 ke dalam telefon pintar merekaAplikasi tersebut boleh didapati untuk peranti iOS dan Android.

Untuk konsol yang belum lagi dicemari oleh pepijat ini, pengguna boleh menghalang pepijat tersebut dari menjangkiti konsol anda. Caranya adalah menghadkan kebebasan menerima pesanan kepada kenalan anda sahaja. Tetapan ini berada  di bahagian Settings-Account Management-Privacy Settings.

Untuk konsol yang sudah terjangkit, pihak Sony telah memberikan panduan bagaimana proses reboot konsol anda dalam Safe Mode. Setelah proses ini selesai, konsol anda akan dapat dimulai semua di samping membantu membaiki masalah freeze dan frame rate drops. Sony juga memberitahu proses Safe Mode ini akan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Mereka juga tidak memberikan tarikh sebagai respon untuk mengelakkan pepijat di atas dari menggangu konsol PS4 mereka.

Sumber: engadget, hothardware

Berkaitan