Penyusunan Semula Frekuensi Siaran TV Digital myFreeview Pada 11 Dan 13 Februari 2020

Melibatkan pemancar Bukit Besi dan Menara K.L pula.


Selepas melaksanakan kerja-kerja penyusunan semula frekuensi siaran TV digital myFreeview di Bukit Fraser dan Gunung Ulu Kali, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan bahawa kerja-kerja penyusunan semula frekuensi itu akan diteruskan pula pada 2 lagi pemancar iaitu pemancar Bukit Besi dan pemancar di Menara K.L.

Kerja-kerja penyusunan semula frekuensi siaran TV digital myFreeview itu akan dibuat pada 11 dan 13 Februari 2020 yang bermula dari jam 1.00 pagi sehingga 6.00 pagi.

Oleh itu pengguna yang memiliki dekoder atau IDTV, anda diminta supaya memastikan peranti itu berada di dalam keadaan ‘standby mode’.



Jika anda mempunyai pertanyaan atau berdepan sebarang masalah, bolehlah layari laman www.myfreeview.tv atau hubungi 1800-18-1088 untuk bantuan.