Penyokong Perlis FA Boleh Beli Tiket Dengan Mudah Melalui Aplikasi Stubapp

Seminggu dua ini peminat bola sepak tempatan mula tertarik dengan perkembangan pasukan utara tanah air, Perlis FA.

Menyenaraikan muka baru diantaranya seperti Safee Sali, Badri Radzi dan Amiridzwan Taj, skuad Singa Utara itu juga kini akan mengetengahkan sistem pembelian tiket baru menjelang musim 2019.



Semalam, menerusi perkongsian dilaman Facebook rasmi NorthernLions Perlis, mereka telah mengumumkan kerjasama dengan Stubapp, syarikat penyedia jualan tiket dalam talian.

Perjanjian itu memperlihatkan Stubapp dilantik sebagai rakan strategik Perlis bagi tempoh tiga tahun, dimana ia akan menawarkan pembelian tiket secara dalam talian yang bakal memudahkan peminat untuk mendapatkannya.

Pembelian tiket dalam talian dibuat menerusi aplikasi Stubapp yang tersedia dimuat turun dari  Google PlayStore dan Google Play. Disamping itu, kedua-dua pihak juga berada dalam proses untuk memperkenalkan kad keahlian dan pas bermusim untuk peminat.

Muat turun bagi Android atau iOS

Sumber: NorthernLions Perlis