Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
3 Black Shark AudioQuick Charge 2-in-1 Adapter

Penyesuai Black Shark Audio/Quick Charge 2-in-1 Dilancarkan

Diterbitkan November 26, 2019 ยท Dikemas kini November 26, 2019 oleh Meor Hasyim

Jenama peranti pintar gaming Black Shark telah melancarkan penyesuai Black Shark Audio/Quick Charge 2-in-1 yang boleh digunakan sama ada sebagai aksesori audio dan juga pengecas untuk meningkatkan pengalaman bermain pengguna.

1 Black Shark AudioQuick Charge 2-in-1 Adapter

Fungsi utama penyesuai ini adalah untuk membenarkan pendengaran audio secara Hi-Fi dengan pengecasan pantas pada masa yang sama. Terdapat bicu 3.5mm dan juga USB-C yang boleh digunakan. Penyesuai ini mempunyai cip terbina PCM yang menyokong sehingga 32bit/384Hz audio. Untuk pengecasan pantas pula, ia mampu mengecas sehingga 27W USB-PD dan 18W Quick Charge 2.0.

Terdapat 2 mod pada penyesuai ini iaitu mod magnetik dan juga mod klip. Mod magnetik membolehkan pengguna melekatkan peranti dengan bahan binaan yang melekat dengan magnet seperti Black Shark 2 Pro, manakala mod klip adalah untuk peranti lain yang mempunyai ketebalan pada 68mm – 88mm.

2 Black Shark AudioQuick Charge 2-in-1 Adapter

Penyesuai ini dijual pada harga RM109 dan boleh didapati di kedai atas talian Shopee bermula 25 November.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY