Penyelidik Telah Membina Peranti Yang Membolehkan Anda Berbisik Pada Jarak Sederhana

Penyelidik di Universiti Bristol telah membina satu prototaip yang membolehkan anda berbisik dengan seseorang di dalam sebuah bilik.

Versi pertama peranti yang boleh dipakai itu mengandungi pembesar suara yang dipakai di dahi atau dada dan elektrod di mulut.

Peranti ini akan mnegumpul isyarat elektrik yang dihasilkan oleh otot muka anda apabila anda bercakap dan menukarkannya kepada audio.

Peranti menggunakan algoritma mesin yang belajar untuk menukarkan pergerakan otot kepada perkataan.

Yang menariknya, pembesar suara menghasilkan gelombang dalam frekuensi ultrasonik dan hanya yang berdiri dalam lingkungang langsung sahaja yang dapat mendengarnya.

Setakat ini, kajian ini masih lagi dalam fasa ujikaji dan hanya boleh mengenalpasti 10 patah perkataan.

Potensi ciptaan ini sangat luas sebagai contoh boleh digunakan di medan peperangan tanpa perlu bergantung kepada komunikasi radio.

Sumber