Penyelidik Menghasilkan Cip Asas Kepada Teknologi Tanpa Wayar 6G Yang Mampu Memindahkan Data Selaju 36GB Sesaat

Sebagai perbandingan, teknologi tanpa wayar 5G menyokong pindahan data selaju 6Gbps.


Penyelidik dari University of California, Irvine’s Nanoscale Communication Integrated Circuits Labs mengumumkan bahawa mereka telah berjaya menghasilkan cip radio yang sangat halus bagi menghantar dan menerima data pada frekuensi 100GHz.

Cip tersebut dijangka akan menjadi pemangkin kepada teknologi standad bagi komunikasi tanpa wayar 6G pada masa hadapan.

Prototaip cip radio menggunakan komponen digital dan analog itu hanya bersaiz 4.4mm sahaja.

Dalam bentuk yang sekecil itu, pemancar prototaip itu didakwa mampu beroperasi dalam frekuensi antara 115 hingga 135GHz, yang menyokong pindahan data selaju 36 gigabait sesaat dalam linkungan jarak 30 sentimeter.

Sebagai perbandingan, teknologi 5G yang sedang giat diaplikasikan pada peralatan elektronik yang ada ketika ini hanya meyokong frekuensi antara 24 hingga 39GHz sahaja.

Atau bersamaan kelajuan maksimum pindahan data yang mampu dicapainya adalah 6Gbps.

Penyeliidikan yang dijalankan oleh University of California ini turut dibantu sama oleh  TowerJazz dan STMicroelectronics dalam mereka bentuk cip radio untuk projek ini.

Penyelidik menjangkakan bahawa teknologi ini akan turut mampu digunakan selain pada peranti mudah alih serta mengharapkan ia akan menghapuskan keperluan penggunaan kabel fiber optik, menjimatkan kos perkakasan dan tenaga.

Pengaplikasian menyeluruh teknologi 6G dijangka hanya akan tiba dalam tahun 2030 nanti.

Sumber: VB