Penyelidik Mendapati 2 Penghalang Iklan Popular Ini Dipalsukan Dari Versi Asli

Extension AdBlock dan uBlock didapati dipalsukan bagi mengelirukan pengguna menerusi namanya dengan niat menumpang untung dari pembelian yang dibuat secara atas talian.


Penyelidik dari AdGuard melaporkan, 2 extension popular yang digunakan oleh jutaan pengguna pelayar Chrome bagi menghalang iklan di laman sesawang didapati sebenarnya adalah palsu dan mempunyai niat terselindung disebalik namanya.

Extension yang dimaksudkan adalah AdBlock dari AdBlock Inc. dan uBlock dari Charlie Lee. 2 extension popular ini ada ditawarkan di laman Google Web Store yang mengelirukan pengguna dengan penggunaan nama yang mimik kepada versi aslinya.

Kapsyen: Versi asli uBlock.


Penyelidik mendapati, 2 penghalang iklan ini sebenarnya menumpang untung menerusi pembelian atas talian yang dibuat oleh penggunanya. Teknik ini dikenali sebagai Cookie stuffing.

Sebagai contoh, jika anda melawati sesebuah laman stor atas talian seperti Amazon dan membuat bayaran bagi pembelian produk di laman tersebut, pembangun extension itu tadi akan turut mendapat komisyen hasil daripada pembelian produk itu.

Setakat ini, 2 extension ini didapati sudah digunakan oleh lebih daripada 1.6 juta pengguna aktif di seluruh dunia. Tidak lama selepas pendedahan oleh AdGuard, semakan terhadap 2 extension tersebut didapati sudah tidak lagi ditawarkan di Google Web Store.

Jadi sekiranya anda ada memasang AdBlock dari AdBlock Inc. dan uBlock dari Charlie Lee, anda dinasihatkan supaya membuangnya segera dari pelayar anda.