Penyelidik Mendakwa Kesemua Aplikasi Sembang Popular Sebagai Sangat Tidak Selamat

Sekumpulan penyelidik dari Cryptography and Privacy Engineering GroupTechnical University of Darmstadt serta Secure Software Systems Group University of Würzburg mendakwa, aplikasi-aplikasi popular ketika ini termasukah WhatsApp, Messenger, Signal dan Telegram sebagai sangat tidak selamat.

Penyelidik mendakwa, hasil daripada kajian mereka mendapati aplikasi-aplikasi tersebut mendedahkan data peribadi penggunanya serta membenarkan pengguna lain mencari orang hubungan menerusi data orang hubungan yang di dalam peranti pintar yang digunakan.

Ia didedahkan dalam kertas kajian yang diterbitkan bertajuk "All the Numbers are US: Large-scale Abuse of Contact Discovery in Mobile Messengers∗"

Penyelidik menjelaskan, isu ini berlaku apabila selepas pengguna memasang aplikasi di dalam telefon pintar mereka dan membenarkan aplikasi untuk mengakses data dalam telefon pintar.

Daripada eksperimen yang dijalankan penyelidik itu menunjukkan bahawa pengguna yang berniat jahat atau penggodam bleh mengambil data sulit peribadi pengguna.

Oleh itu, penyelidik mengsyorkan supaya pengguna melihat kembali tetapan privasi pada aplikasi yang digunakan.

We strongly advise all users of messenger apps to revisit their privacy settings. This is currently the most effective protection against our investigated crawling attacks” Prof. Alexandra Dmitrienko (University of Würzburg) dan Prof. Thomas Schneider (TU Darmstadt).

Walaubagaimanapun, penyelidik turut memuji pembangun aplikasi WhatsApp dan Signal yang didapati telah berjaya meningkatkan ciri keselamatan pada aplikasi mereka.