Penyelidik Mendakwa Beratus Juta Data Privasi Pengguna Facebook Terdedah Di Internet

Nama, nombor telefon dan lain-lain lagi data pengguna Facebook didakwa disimpan dalam pangkalan data yang tidak dilindungi.


Penyelidik keselamatan dari Comparitech mendakwa, beratus juta data privasi pengguna Facebook terdedah di internet.

Dalam laporannya yang bertajuk "267 milion Facebook users IDs and phone numbers exposed online" itu mendakwa, sesiapa sahaja boleh mengakses data privasi pengguna Facebook bagi melihat nombor telefon, nama pengguna dan nama akaun FB tanpa memasukkan kata laluan atau keperluan pengesahan lain.

Atau secara tepatnya, jumlah akaun Facebook yang terkesan dengan isu ini adalah sebanyak 267,140,436 yang mengandungi data sulit berikut:-

  • Akaun unik FB

  • Nombor telefon

  • Nama penuh

  • Rekod masa


Akibatnya, data-data yang terdedah itu dipercayai akan membolehkan pihak yang tidak bertanggungjawab melaksanakan aktiviti jenayah siber secara besar-besaran.

Pendedahan ini adalah hasil kerjasama Comparitech dengan penyelidik keselamatan bernama Bob Diachenko.

Mereka mendakwa, masalah ini mungkin berpunca daripada 2 sebab utama.

"...the trove of data is most likely the result of an illegal scraping operation or Facebook API abuse by criminals in Vietnam, according to the evidence."

Oleh itu, penyelidik menasihatkan pengguna Facebook mengubah tetapan di bahagian privasi akaun mereka supaya dapat meminimakan peluang mereka untuk turut terkesan dengan isu ini.

Kapsyen: Contoh.