Penyelidik Di Jepun Cipta Skrin Boleh Jilat Untuk Rasa Makanan Di Sebalik Paparan

Menonton video makanan ASMR di YouTube sering kali mengecurkan air liur dan mungkin ada pengguna yang berharap jika boleh merasa makanan di sebalik skrin tersebut. Untuk anda yang mempunyai keinginan sebegini, mungkin pada masa hadapan ia bakal menjadi realiti.

https://www.youtube.com/watch?v=7HIm4LoAZxU&t=2s

Di Jepun, penyelidik Homei Miyashita telah mencipta sebuah skrin boleh jilat yang diberi nama Norimaki Synthesizer. Sebenarnya tujuan skrin ini dicipta adalah bertujuan uji kaji untuk mengkaji bagaimana mata/otak manusia boleh dimanipulasi untuk merasa/melihat sesuatu 'objek' yang tidak wujud.

Skrin ini menggunakan lima gel berbeza yang setiap satunya mempunyai rasa pahit, berasid, masin, manis, dan juga lazat. Dengan meningkatkan atau mengurangkan arus elektrik untuk setiap rasa tersebut, skrin tersebut boleh mencipta variasi rasa yang berbeza.

Norimaki Synthesizer is a Device That Lets You Actually Taste ...

Dalam kertas kajian Miyashita, konsep skrin ini adalah sama sepertimana 3 warna RGB yang berfungsi untuk mewarnakan skrin. Tambahannya, skrin ini berjaya memperdaya peserta uji kaji merasa makanan daripada gula-gula sehinggalah kepada sushi dengan hanya menjilatnya sahaja.

Sumber: Norimaki Synthesizer

 

Berkaitan