Penyelidik Berjaya Merakam Imej 3200 Megapiksel Pertama Di Dunia

Sekumpulan penyelidik dari Jabatan Tenaga SLAC National Accelerator Laboratory, A.S telah berjaya merakam imej digital 3200 Megapiksel pertama di dunia.

Imej tersebut dirakam dengan menggunakan sensor  kamera digital terbesar di dunia.



Saiz Imej yang dirakam itu tersangatlah besar sehinggakan ia memerlukan sejumlah 378 buah TV 4K Ultra berdefinisi tinggi bagi membolehkan imej itu dipaparkan sepenuhnya.

Malah resolusi kamera yang sangat tinggi itu membolehkan anda melihat imej bola golf pada jarak sejauh 15 batu.

Keupayaan sensor kamera itu adalah dengan hadirnya sebanyak 189 sensor yang dipanggil sebagai charge-coupled devices (CCDs) yang setiap sensor tersebut mampu merakam imej pada kadar 16 megapiksel.

Setiap unit CCDs itu pula digabungkan menjadi 21 satu pakej yang dipanggil sebagai "raft". Setiap raft itu pula berharga USD3 juta seunit.

Kapsyen: Setiap raft mengandungi sebanyak 9 sensor. Sumber: SLAC National Accelerator Laboratory


Pemasangan sensor tersebut mengambil masa sehingga 6 bulan yang dibuat di dalam makmal.

The combination of high stakes and tight tolerances made this project very challenging. But with a versatile team we pretty much nailed it. Hannah Pollek, Jurutera Mekanikal SLAC.

Setelah ia siap dipasang, ia akan menjadikan saiz fokal kamera tersebut bersaiz 2 kaki lebar yang mampu merakam imej 3200 megapiksel.

Kamera ini dijangka akan melakukan ujian akhir pada pertengahan tahun 2021 nanti dan akan digunakan bagi eksplorasi misteri kosmik di Rubin Observatory’s Legacy Survey of Space and Time.

https://www.youtube.com/watch?v=qc_iscV1uA0