Penyelidik Bangunkan Solar Panel Lut Sinar, Boleh Beri Manfaat Kepada Industri Elektronik Mudah Alih Dan Automotif

Pengkaji dari universiti Michigan State telah mencipta satu teknologi panel solar lut sinar yang boleh digunakan dalam pelbagai rekaan pembuatan, termasuklah pada produk elektronik mudah alih atau industri automotif.

Teknologi itu menggunakan bahan organik yang akan menyerap gelombang cahaya yang tidak boleh lihat dengan mata kasar, seperti inframerah dan cahaya ultra violet.



"Kita boleh ubah bahan-bahan ini bagi menangkap ultraviolet dan gelombang inframerah jarak dekat yang akan 'bersinar' pada gelombang inframerah yang lain. Cahaya yang di tangkap akan dipindahkan ke panel kontur, dimana ia kan ditukar kepada elektrik dengan bantuan jaluran nipis sel solar photovoltaic." kata Richard Lunt,  penolong profesor kejuteraan kimia dan bahan di kolej MSU.

Beliau juga menyatakan jika sel lut sinar dibuktikan berdaya maju, kuasa yang mereka ciptakan dapat memberi kesan pengimbangan kuasa yang digunakan pada bangunan yang besar.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=3&v=qMhdpWMDp04

Tambahnya lagi, mereka mengatakan mampu memberi kuasa elektrik  pada sesebuah bangunan, tapi mereka lebih mengetengahkan jumlah kuasa, memadai bagi sesuatu seperti lampu dan memberi bekalan elektrik  pada setiap hari.

Sumber: Open Mind, MSU Today dan Arch2o.