Penyelidik Bangunkan Sensor RFID Untuk Lampin, Beritahu Ibu Bapa Lampin Perlu Di Tukar

Hidup dizaman serba moden yang sibuk ini membuatkan sebahagian ibu bapa atau penjaga terlupa untuk memeriksa lampin si kecil. Lampin yang sudah "penuh" dan tidak ditukar mampu memberi kesan kepada kulit bayi dan untuk itu, pemeriksaan yang kerap perlu dibuat. Tetapi bagaimana jika terlupa?

Bagi mencari penyelesaian kepada masalah tersebut, penyelidik daripada Massachusetts Institute of Technology (MIT) telah membangunkan sebuah sensor RFID dengan fungsi pemberitahuan kepada penjaga. Sensor bersaiz kecil itu akan mengesan kelembapan pada lampin dan seterusnya menghantar pemberitahuan kepada penjaga.

Sensor RFID berkenaan boleh diletakkan didalam hydrogel yang kebiasaannya terdapat pada lampin pakai buang. Hydrogel akan mengembang apabila basah dan ia akan menjadi konduktif yang akan mengaktifkan sensor untuk memancarkan isyarat kepada alat pengesan.

Alat pengesan yang diletakkan berhampiran bayi (1 meter) itu akan menerima isyarat dan kemudiannya akan menghantar pemberitahuan kepada telefon pintar penjaga melalui rangkaian WiFi. Kaedah yang digunakan ini juga tidak memerlukan penggunaan bateri.

Difahamkan lagi, kos bagi menghasilkan sensor itu kurang daripada $0.02, menjadikannya sangat sesuai untuk digunakan pada lampin pakai buang.

Sumber: MIT via The Verge






te