Penyelenggaraan Berkala Sistem Kabel Dasar Laut Telah Selesai Sepenuhnya

Telekom Malaysia Berhad (TM) mengumumkan kerja-kerja penyelenggaraan berkala pada sistem kabel dasar laut Asia-Amerika Gateway (AAG) yang menghubungkan Malaysia ke Hong Kong dan Amerika Syarikat telah selesai sepenuhnya pada jam 4 pagi, 21 April 2020.

[embed]https://twitter.com/myTMgroup/status/1252440925092995073[/embed]

Sebelum ini, TM telah memaklumkan kerja-kerja penyelenggaraan berkala tersebut mula dijalankan selama 5 hari bermula 17 April lalu. Berikutan kerja-kerja penyelenggaraan itu, TM mengambil langkah proaktif untuk mengoptimumkan rangkaian internet dalam tempoh penyelenggaraan. Ia bertujuan untuk memastikan gangguan perkhidmatan internet kepada pengguna adalah minima.

Dengan kerja-kerja penyelenggaraan yang telah selesai, sambungan data ke laman web dan pelayan yang dihoskan di Hong Kong dan AS kini telah dipulihkan sepenuhnya.

Dalam pada itu, TM turut menyatakan akan terus memantau perkembangan situasi semasa mengenai perkhidmatannya. Bagi pengguna yang mempunyai sebarang pertanyaan dan bantuan, anda boleh menghubungi saluran khidmat pelanggan TM.

Sumber: TM