Penumpang Grab Mesti Rakam Gambar Selfie Sebelum Naiki Kenderaan Bermula 12 Julai

Meneliti berita-berita mengenai kejadian yang berlaku kepada perkhidmatan Grab sebelum ini, pemandu bukan sahaja terdedah dengan risiko disamun malah ia turut melibatkan kes kehilangan nyawa.

Hal ini sememangnya memberikan impak kepada pemandu serta perkhidmatan itu sendiri dan sebagai langkah keselamatan tambahan, pihak Grab telah memperkenalkan ciri pengesahan selfie penumpang sebelum memulakan perjalanan. Ia sudahpun dijalankan beberapa bulan yang lepas seperti dilaporkan pada April lalu.  Namun bermula pada 12 Julai 2019, pengesahan selfie ini diwajibkan pada kesemua penumpang yang mahu menggunakan perkhidmatan e-hailing tersebut.

Selain befungsi untuk mengesahkan identiti, ia juga dapat membantu pihak berkuasa pada keadaan yang memerlukan. Pihak Grab memberi jaminan bahawa selfie pengguna akan selamat serta tidak dikongsikan kepada pemandu.

Sumber: Grab

Berkaitan