Penumpang Grab Boleh Pilih Antara 10 Stesen Radio Astro Ketika Menggunakan Perkhidmatan Itu

Grab dan Astro kini berkolaborasi demi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan e-hailing tersebut.

Melalui kerjasama kedua-dua syarikat ini, penumpang Grab di Lembah Klang boleh memilih siaran dari 10 stesen radio dibawah Astro bermula hari ini.

Setelah menempah perjalanan Grab, penumpang akan menerima mesej dalam aplikasi menunjukkan mereka akan menaiki kenderaan Astro Radio yang mana mereka boleh pilih antara...

  • HITZ,

  • MIX,

  • LITE,

  • MY,

  • MELODY,

  • GOXUAN,

  • ERA,

  • SINAR,

  • ZAYAN, atau

  • RAAGA.


Kenderaan Astro Radio Grab boleh dikenal pasti melalui tampilan promosi pada badan kenderaan tersebut.