Penting: Kemaskini iPhone Anda Sekarang Juga







Jika anda pengguna iPhone pastikan anda memuat turun
kemaskini iOS yang terbaharu sekarang juga.





Apple telah mengeluarkan kemaskini sekuriti yang penting
untuk peranti keluaran mereka. Hal ini disebabkan kerana terdapatnya ancaman malware
(perisian perosak) yang boleh membaca pesanan ringkas, e-mel, rekod panggilan
(Whatsapp dan Viber), mengesan lokasi anda dan menghidupkan kamera telefon
serta mikrofon. Menakutkan bukan?





Ancaman yang digelar “Trident” oleh firma keselamatan mudah
alih Lookout, mengeksploitasi 3 kelemahan Zero-Day di dalam iOS 9 untuk
membentuk “rantaian serangan” yang boleh menembusi platform selamat Apple. Menurut
Citizen Lab University Toronto, Trident digunakan dalam produk spyware(perisian
intip) yang dibina oleh syarikat “perang siber” NSO Group yang berpengkalan di
Israel.







Citizen Lab dan Lookout menyedari isu ini apabila Ahmed
Mansoor, seorang pejuang hak asasi manusia yang berasal dari Emiriah Arab
Bersatu menerima pautan yang mengandungi Trident dan spyware. Mansoor tidak
menekan pautan tersebut, sebaliknya beliau menghantar e-mel kepada Citizen Lab.
Jika pautan itu ditekan, sudah pasti telefon Mansoor akan di kawal secara jarak
jauh oleh NSO Group.

Berkaitan