Penstrim Dr Disrespect Menghentikan Sesi Strim Selepas Mendakwa Rumah Ditembak 2 Kali Oleh Individu Tidak Dikenali

Penstrim popular Twitch, Dr Disrespect menghentikan sesi semalam terpaksa menghentikan strim Twitchnya selepas mendakwa rumahnya ditembak buat kali kedua dalam tempoh 2 hari.

Dia yang sedang bermain permainan Call of Duty: Black Ops 4 Beta telah mendengar bunyi bising dari tingkat atas rumahnya. Dia kemudian kembali semua ke depan kamera sebelum mengumumkan sesi strim akan berakhir kerana mendakwa tingkap rumahnya telah ditembak oleh individu yang tidak dikenali.

Kejadian kali kedua ini berlaku dalam tempoh 2 hari berturut-turut. Dr Disrespect atau nama sebenarnya, Guy Beahm bagaimanpun berada dalam keadaan selamat bersama-sama keluarganya.





 

Berkaitan