Penjualan Siri Redmi K20 Sudah Cecah 1 Juta Unit

Jika model Mi 9T di Malaysia habis terjual secara pra-tempah dengan jumlah 75,000 unit dalam masa 2 jam, Redmi menerusi Pengurus Besar syarikat mereka, Lu Weibing mengumumkan pula penjualan bagi Redmi K20 dan K20 Pro sudah mencapai 1 juta jualan.

Bagi anda yang belum maklum, Redmi K20 dijenamakan semula untuk beberapa pasaran lain termasuk Malaysia dengan membawa nama Mi 9T.



Berita pencapaian jualan mencecah angka 1 juta unit ini mungkin tidak mengejutkan oleh kerana peranti tersebut diperlengkapkan dengan sejumlah spesifikasi terbaik pada harga yang berpatutan.

Bagi meraikan pencapaian tujuh angka ini, Redmi dikatakan telah mengumumkan jualan promosi dimana setiap pembeli Redmi K20 akan turut membawa pulang powerbank 10,000mAh sementara bagi pembelian versi Pro pula terdapat pilihan untuk mendapatkan pengecas 27W hanya pada harga 29 yuan (~RM18).

Buat masa sekarang, versi Pro belum lagi ditawarkan untuk pasaran luar dari China. Adakah Redmi K20 Pro/Mi 9T Pro akan masuk Malaysia? Sama-sama kita nantikan sebarang pengumuman rasmi mengenainya.

Sumber: PlayfulDroid dan GSMArena