Penjualan Peranti Apple di China Semakin Suram

Nampaknya penjualan iPhone semakin merudum di China. Jika dilihat pada rajah yang dihasilkan oleh Tech In Asia, penjualan iPhone jatuh semenjak kemunculan iPhone 6 yang dilancarkan pada penghujung 2014.

Dengan rekaan yang dilihat tidak begitu inovatif dan saingan telefon pintar dari China yang berkembang pesat di sana menyembabkan penjualan iPhone semakin suam-suam kuku. Xiaomi dan Huawei masing-masing memegang takhta pasaran telefon pintar di China.

Apple-declines-in-China-CHART

 

IPhone 7, bersama rekaan yang tidak jauh bezanya dari iPhone 6 dan 6s menyumbang kepada penurunan jualan 34 peratus di China dalam tempoh dua tahun yang lalu.

Berikut merupakan gambar penuh penurunan penjualan peranti Apple di China sejak awal 2015. Berbanding dengan pasaran produk Apple di Jepun dan negara Asia lain yang dilihat  stabil.

Apple-in-Asia-Q1-2017-CHART
Dari segi jualan iPhone pula, ianya dilihat menurun sedikit daripada 51.2 juta seluruh dunia dalam tempoh tiga bulan pertama 2016 - Hanya 50 juta dalam tempoh yang sama tahun ini.

Dibawah pula adalah penjualan produk Apple di seluruh dunia dengan USA dan negara eropah yang lain masih lagi menjadi pasaran terbesar buat Apple pada ketika ini.

Apple-global-revenue-Q1-2017-CHART

Apple merupkan jenama telefon yang ketiga terbesar di negara China dari segi bilangan unit yang terjual dan keuntungan sehingga tahun lepas.

Jenama Huawei, Xiaomi, Oppo dan Vivo masing-masing tampil dengan model premium mereka yang boleh mencabar keupayaan yang dibawakan iPhone tahun ini. Melainkan Apple membawakan rekaan yang lebih inovatif dengan flagship iPhone 8 mereka.

Ini dapat dilihat pada model iPhone 6 yang lalu, membawakan rekaan bucu yang lebih cengkung dan slim, mencatatkan rekod jualan tertinggi iPhone di China pada tahun 2015 yang lalu.

Dipetik dari Tech In Asia