Penjual Tempatan Khabarkan Mi 9T Pro Bakal Tiba Tidak Lama Lagi

Sebahagian peminat besar peminat Xiaomi masih tertanya-tanya sama ada model Mi 9T Pro (Redmi K20 Pro) akan dibawa masuk ke pasaran tanah air ataupun tidak.

Mengungkap laporan daripada Lowyat.net, penjual tempatan, DirectD ada membuat perkongsian di Instagram, menyatakan set rasmi Mi 9T Pro akan ditawarkan tidak lama lagi. Namun perkongsian terbabit  dikatakan sudah dipadam dan terdapat pengguna yang berjaya memperoleh poster yang dimuat naik itu.



Perkembangan lain pula, ia juga didapati sudah berjaya mendapatkan pensijilan SIRIM hari ini dan ia sekaligus menggambarkan penawaran akan dibuat tidak lama lagi. Informasi-informasi yang berlegar ketika ini selari dengan laporan Jun lalu dimana Mi 9T Pro berkemungkinan dilancarkan pada penghujung Ogos ini.

Sumber: Lowyat.net