Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penjual Tempatan Di Shopee Catat Jualan RM 200 Juta Dalam Bulan Pertama PENJANA

Penjual Tempatan Di Shopee Catat Jualan RM 200 Juta Dalam Bulan Pertama PENJANA

Diterbitkan September 4, 2020 oleh Amsyar Latif

Seperti mana yang diketahui, kerajaan telah memberikan satu inisiatif untuk memulihkan ekonomi negara dengan mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Photo 1

Shopee hari ini baru sahaja melancarkan kempen 9.9 Super Shopping Day dan pada masa yang sama mereka memaklumkan bahawa platform e-dagang tersebut telah menjana jumlah jualan lebih daripada RM 200 juta melalui PENJANA.

PENJANA MSME E-commerce Campaign Infographic

Mereka juga memaklumkan bahawa baucar-baucar tersebut dinikmati oleh hampir 2 juta rakyat Malaysia yang memanfaatkannya untuk membeli barangan di Shopee.

Selain itu, Shopee memudahkan pengguna untuk mengenal pasti penjual tempatan dengan mencipta tag “Local Seller”  yang tertera di bawah oleh penjual tempatan yang layak menyertai Shop Malaysia Online.

Tambahan lagi, kempen E-dagang Perusahaan Mikro dan PKS (MSME) PENJANA merupakan inisiatif yang dilaksanakan oleh MDEC dan Shopee. Ia juga memberi manfaat kepada lebih RM 1,500 kepada setiap MSME tempatan yang baharu dengan Shopee.

PENJANA Shop Malaysia Online Infographic

Ia juga memanfaatkan lebih 38,000 peniaga dimana MSME yang mengambil bahagian mencatatkan purata peningkatan sebanyak 162% dalam jualan harian mereka.

Menjelang 9.9 Shopping Sale yang bakal tiba, Shopee meningkatkan usaha mereka kepada pengguna dan juga untuk membantu pemulihan ekonomi negara. Ini termasuk pengambil alihan platform PENJANA pada 16 September sempena hari Malaysia.

9.9 Super Shopping Day Visual

Dalam pada itu, untuk countdown pada 9.9, Shopee akan mengadakan Shopee 9.9 Super Show dimana terdapat permainan, persembahan dan aksi oleh selebriti tempatan.

Anda boleh tonton, main dan menangi hadiah pada 8 September bermula jam 9 malam di Shopee Live.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY