Penjara Di China Dan Hong Kong Bakal Diperkuat Dengan Sistem AI Untuk Tingkat Pemantauan Terhadap Banduan

Artificial Intelligence atau AI sudah dibangunkan diseluruh dunia dengan pelbagai fungsi yang mana ia sudah pasti bertujuan memberikan kemudahan dan membantu manusia.

Mengenai teknologi itu, kerajaan Cina dan Hong Kong baru-baru ini ada mengumumkan bahawa mereka akan membangunkan teknologi yang ditujukan khas untuk mengawal dan memantau banduan didalam penjara pada setiap masa.



Di Hong Kong, kerajaan mereka menguji peranti seakan-akan Fitbit yang mana ia mampu mengenalpasti lokasi seseorang dan aktiviti-aktiviti individu tersebut, termasuk kadar dengupan jantung mereka setiap masa.

China pula, membangunkan sistem pengawasan pintar berlokasi di penjara Yancheng. Ia disasarkan untuk memantau setiap bandua berprofil tinggi secara masa sebenar melalui kamera dan sensor yang diletakkan secara tersembunyi dalam setiap sel banduan.



Data kemudiannya akan disalurkan kepada komputer yang dikuasakan dengan AI yang mana ia berkemampuan untuk, mengenal pasti, menjejak dan memantau banduan pada setiap masa. Menerusi data yang dikumpul itu juga, ia boleh digunakan untuk membuat analisis lain seperti pengesahan wajah, pergerakan dan lain-lain.

Sumber: Slate