Peningkatan Jualan Cip Server EPYC Dari AMD Memaksa Intel Turunkan Harga Xeon

Intel setelah sekian lama berada di kedudukan teratas dalam pasaran cip pemprosesan pengguna dan pelayan tanpa dicabar secara serius oleh sesiapa kini telah menurunkan harga untuk cip pelayan mereka, Xeon.



Ini kerana AMD telah melaporkan suku pendapatan terbaik dalam tempoh 7 tahun dengan Ryzen dan Epyc mengungguli carta jualan untuk mereka. Dengan permintaan meningkat itu, AMD dengan selesa melangkah ke depan dan meneruskan perancangan masa hadapan mereka yang telah diumumkan sebelum ini.



Intel bagaimanapun ketinggalan ketika ini dari segi teknologi fabrikasi dan akan menggunakan teknologi 10nm untuk produk mereka sehingga akhir 2019. ServerTheHome melaporkan yang mereka telah mendapat maklumat dari beberapa pelanggan Intel sebelum ini ditawarkan diskaun untuk cip Xeon.

Ia merupakan langkah Intel bagi mendapatkan beberapa pelanggan utama mereka yang dilaporkan telah berpindah platfom ke AMD seperti HPE dan Cisco.