Peningkatan Harga Untuk Barangan Elektronik Membantutkan Pertumbuhan Penghantaran Peranti

Penghantaran peranti global termasuk PC, tablet dan juga telefon pintar akan merekodkan pertumbuhan sebanyak 0.9% yang mencapai sehingga 2.28 bilion unit pada tahun 2018 mengikut Gartner Inc. Pasaran untuk PC dan tablet pula diramalkan merudum sebanyak 1.2% manakala telefon pintar masih kuat dengan peningkatan 1.4%.

Untuk pasaran PC, bekalan DRAM yang tidak mencukupi sepanjang tahun 2018 disebabkan kapasiti wafer sedia ada tidak dapat memenuhi permintaan pasaran. Akibatnya, para penjual dijangka akan terus menaikkan harga untuk tahun ini.






























































Penghantaran Peranti Global Mengikut Jenis Peranti, 2017-2020 (Juta)
Jenis Peranti 2017 2018 2019 2020
PC Tradisional (Desk-Based and Notebook) 204 195 189 181
Ultramobiles (Premium) 58 65 74 80
Total PC Market 262 260 263 262
Ultramobiles (Basic and Utility) 158 155 152 151
Pasaran Peranti Perkomputeran 420 415 415 413
Telefon Pintar 1,841 1,867 1,888 1,901
Jumlah Keseluruhan Pasaran 2,261 2,282 2,303 2,314

Pengakhiran Windows 7 Menandakan Peralihan Besar Dalam Pasaran PC


Peralihan besar dalam pasaran PC selepas ini adalah apabila tamatnya sokongan untuk sistem operasi Windows 7 yang dijangka berlaku pada bulan Januari 2020. Sudah menjadi keutamaan bagi perusahaan untuk berpindah ke Windows 10 secepat yang mungkin selewat-lewatnya pada akhir tahun 2019.

Pengaruh Cina Terhadap Pasaran Peranti Global


Pasaran peranti global mempunyai beberapa faktor yang boleh mempengaruhinya termasuklah dari pasaran peranti China. Ini kerana lebih 20% perbelanjaan peranti global datang dari China. Jadi apa-apa yang berlaku di dalam pasaran mereka sedikit sebanyak mempunyai kesan 'domino' terhadap pasaran global.

 

Berkaitan