Peniaga Diingatkan Mohon Segera Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 Selewatnya 31 Oktober Ini

Kerajaan sebelum ini telah pun mengumumkan Geran Khas Prihatin (GKP 2.0). Ia merupakan bantuan kali kedua GKP selepas GKP pertama diberikan kerajaan pada Jun lalu bagi membantu Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19.

Di bawah Kerangka Initiatif Tambahan Khas, KITA PRIHATIN, permohonan GKP 2.0 telah dibuka semula dari 1 hingga 31 Oktober 2020.

Terbaru, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) kini mengingatkan peniaga mikro yang layak dan masih belum menerima bantuan GKP 2.0 supaya membuat permohonan segera selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2020.

Permohonan bantuan secara one-off berjumlah RM3,000 ini boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi Geran Khas Prihatin. Sementara itu, keputusan permohonan boleh disemak mulai 15 November 2020 dan pembayaran dijangkan akan dibuat bermula 25 November 2020.

Untuk mengetahui cara membuat permohonan, layari pautan ini.

Sumber: LHDN Malaysia

Berkaitan