Ikuti kami di media sosial

Berita

Pengurus Pasukan Dota 2 Petala Langit Menghilang? Ini Jawapan Balas Daripada Kidal Dota

Helmi Samsuri

Ditulis

pada

Bagi yang gemar menonton penstriman langsung Dota 2 dari pemain tempatan, anda pastinya mengenali Izzat Zulkifli atau lebih dikenali sebagai Kidal. Pernah menganggotai pasukan Lagenda, Siamang Tunggal dan Mineski X beberapa tahun sudah, beliau kini merupakan pengurus merangkap jurulatih kepada sebuah pasukan baru, Petala Langit.

Penubuhan Petala Langit bukan sahaja menyasarkan penyertaan bagi kejohanan-kejohanan Dota 2 dalam negara malah untuk ke peringkat antarabangsa.

Menjalin kerjasama dengan RacunTech sebagai pelabur, pencarian pemain bagi Petala Langit sudahpun dijalankan sejak November tahun lalu lagi. Seramai lima pemain telah terpilih menganggotai Petala Langit iaitu Ezraf (Yapz) sebagai kapten, Danish(Kat) , Azim (Clarity), Wan Daniel (Ryoshi) dan Aiman Nizar (Meistro). RacunTech telah mengeluarkan sejumlah dana bagi menjayakan pembangunan pasukan Petala Langit

Iklan

Mula beroperasi pada 3 Januari 2020, pasukan yang sepatutnya sudah menjalankan latihan ini menghadapi isu dimana Kidal selaku jurulatih dikatakan meninggalkan pasukan. Ia sekaligus mendatangkan persoalan kepada pasukan dan pihak RacunTech.

Rentetan daripada perkongsian di Facebook Petala Langit 2.0 itu, Kidal tampil memberikan jawapan.

Dalam pada itu, Yapz yang juga kapten Petala Langit turut membuat perkongsian mengenai isu terbabit. Beliau berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik tanpa melibatkan campur tangan daripada pihak berkuasa.

Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular