Pengunjung Dilarang Menjerit Ketika Menaiki Roller Coaster Di Taman Tema Jepun

Bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19.


Satu laporan oleh laman Wall Street Journal memaklumkan bahawa semua taman tema di Jepun melarang para pengunjungnya menjerit, khususnya ketika mereka menaiki 'roller coaster'.

Ia bertujuan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai.

Sebuah video yang dikongsikan oleh sebuah taman tema memaparkan 2 orang eksekutif taman permainan Fuji-Q Highland, Daisuke Iwata dan Koichiro Horiuchi menaiki kenderaan roller coaster tersebut dengan pelitup mulut.

Tapi yang menariknya adalah tiada sebarang suara dihasilkan. Tenang dan sunyi sepi.

https://www.youtube.com/watch?v=PMm5QVZ6QeY

P/s: Serupa macam Mr. Bean naik roller coaster.