Beberapa model telefon pintar Huawei telah terjejas akibat isu ini.
Menurut laporan oleh The South China Morning Post, pengilang Foxconn dilaporkan telah menghentikan sementara pengeluaran bagi beberapa produk telefon pintar Huawei.
Ia berikutan isu kerajaan A.S menghalang penjualan dan penggunaan alat telekomunikasi dari syarikat Huawei.
Ia telah menyebabkan Huawei terpaksa mengurangkan tempahan pengeluaran telefon pintar mereka dan sekaligus menyebabkan Foxconn terpaksa memberhentikan sementara beberapa produk Huawei yang terjejas sejak bermulanya isu tersebut.
Tidak dapat dipastikan sampai bilakah keadaan ini akan berterusan dan tidak diketahui barisan produk Huawei yang manakah telah terjejas.
Foxconn merupakan pengilang elektronik dari Taiwan yang turut mengeluarkan telefon pintar iPhone dan Xiaomi.
Berkaitan
- Kereta Pintar Ini Dipandu Oleh Sistem Operasi HarmonyOS Dari Huawei
- Huawei Nova 5T Kini Ditawarkan Pilihan Warna Crush Green
- (Ulasan) Huawei MateBook D15, Prestasi Sederhana Harga Marhaen
- Pengasas Foxconn Menggesa Apple Supaya Melabur Di Taiwan Selain Di China
- Huawei Akan Perkenalkan Pesaing Kepada Cip Audio Apple H1
- Intel Dan Qualcomm Dilaporkan Dalam Diam Cuba Melobi Kerajaan A.S Supaya Menamatkan Sekatan Ke Atas Huawei
- Foxconn Mengesahkan Insiden Kematian Di 'Bandar iPhone'
- Siri Model HUAWEI P50 Mungkin Juga Ditawar Dalam Versi 4G Dan Dikuasakan Oleh Kirin 9000
- Huawei FreeBuds Pro 3 Hadir Dengan Tanda Harga RM899
- Skor Markah Swafoto Kamera iPhone 14 Pro Mengatasi Huawei P50 Pro - DxOMark