Penghasilan PS Vita Di Jepun Bakal Dihentikan Tidak Lama Lagi

Seperti yang diberitakan pada tahun lalu, pengeluaran PS Vita nampaknya bakal menemui jalan penamat pada tahun ini.

Pemasaran di luar Jepun seperti Eropah dan Amerika Syarikat sudahpun berakhir dan kali ini, negara asalnya pula bakal mengambil giliran.

Mengutip laporan dari Gematsu, PlayStation Jepun kini akan memasarkan dua PS Vita;  PCH-2000 ZA11 (PS Vita Black) dan 2000 ZA23 (PS Vita Aqua Blue) dan turut menyatakan "penghantaran dijadualkan berakhir tidak lama lagi".

Tidak dapat dipastikan sama ada Sony akan membangunkan konsol mudah alih yang baru atau tidak.

Berdasarkan temubual bersama majalah Famitsu pada tahun lalu, Naib Presiden Sony Interactive Entertainment, Hiroyuki Oda menjelaskan bahawa syarikat itu belum mempunyai sebarang perancangan berkenaan konsol permainan mudah alih.

Sumber: Gematsu