Penggunaan unifi Mobile Terhad Kepada 5GB Bagi Telefon Tanpa LTE

Perkhidmatan Unifi Mobile sedia menarik perhatian ramai dengan penawaran pelan tanpa had untuk panggilan serta penggunaan data.

Menerusi pelan yang dilancarkan semula pada bulan lalu, pengguna unifi Mobile boleh membuat panggilan suara, menghantar mesej dan melayari internet secara tanpa had disamping data LTE 10 GB untuk hotspot dengan bulanan RM99.

Bagaimanapun ketika ini pelan mudah alih itu kembali heboh diperkatakan, bukan kerana promosi tetapi berkenaan syarat yang dikenakan kepada pelanggan.



Menerusi syarat tersebut, mana-mana peranti yang tidak mempunyai sokongan rangkaian LTE akan dihadkan penggunaan data kepada 5GB dan panggilan selama 2000 minit sahaja.

Sekiranya pemilik peranti tanpa LTE melebihi salah satu had tersebut, taliannya akan disekat.

Difahamkan syarat ini diperkenalkan untuk memberi fokus kepada peranti dengan sokongan LTE dalam menjimatkan kos operasi yang ditanggung TM.

Masih belum jelas lagi bagaimana syarat ini akan digunapakai pada peranti dengan sokongan LTE tetapi berada diluar kawasan rangkaian LTE Unifi Mobile.

Sumber: Lowyat.net