Penggunaan Facebook Untuk Berita Semakin Menurun Oleh Golongan Muda

Penggunaan sosial media seperti Facebook bagi mendapatkan berita terkini oleh generasi muda di Amerika Syarikat. Sebaliknya, golongan ini beralih kepada satu lagi aplikasi yang dimiliki oleh Facebook iaitu WhatsApp.



Perkara tersebut dilaporkan oleh Institut Reuters yang mendapati aplikasi mesej seperti WhatsApp semakin mendapat tempat untuk mengetahui tentang berita terkini. Sebab mengapa terjadi demikian adalah kerana pengguna lebih mahukan privasi di samping sumber di Facebook yang lebih kebanyakkan mengelirukan.

Kajian juga mendapati Facebook dan Twitter masih lagi menjadi sumber berita tetapi segala perbincangan dan komunikasi dilakukan di dalam aplikasi mesej yang lebih tertutup . Mereka merasakan lebih selamat dan juga tidak mahu berkongsi pendapat secara terbuka dengan orang yang tidak dikenali.

Sumber