Memetik laporan dari Bernama, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), melalui menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun, menyatakan cadangan untuk menggunakan teknologi dron dalam melakukan tinjauan terhadap projek pembangunan kementerian terbabit.
Rancangan awal penggunaan dron oleh KPLB ini mungkin akan dimulakan pada projek pembangunan sosioekonomi yang membabitkan 28 daerah miskin diseluruh negara.
Selain daripada dapat memberikan maklumat lebih tepat, teknologi dron itu juga dinyatakan boleh melaksanakan kajian sesuatu infrastruktur.
Laporan turut menyatakan KPLB akan bekerjasama dengan Haas Solution Sdn, sebuah syarikat mereka model dan membaik pulih dron yang dibangunkan bersama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Sumber: Bernama
Kredit foto utama: govtech
Berkaitan
- HONOR Malaysia Tunda Pelancaran HONOR 9X Pro Dan Dua Peranti Lain
- Redmi 10 Rasmi Di Malaysia, Harga RM649, Pembesar Stereo Dan 90Hz
- Waste Shark, Drone Yang Memungut Sampah Di Lautan
- Industri Digital Malaysia Belum Sedia Hadapi Cukai Digital - IPAY88
- Vivo NEX 3 Rasmi Diumumkan Di Malaysia, Peranti Paparan "Air Terjun" Berharga RM3899
- Malaysia Akan Cuba Gunakan Teknologi Huawei Sebanyak Yang Mungkin - Tun Mahathir
- Sarawak Negeri Pertama Di Malaysia Laksanakan Sistem Pembayaran Tanpa Tunai
- Honor 6X Dilancarkan Di Malaysia Bermula Dengan Harga RM1199
- REDMAGIC 4K Gaming Monitor 27" MINI LED Masuk Malaysia, Akan Dijual Pada Harga RM3,999
- Malaysia Kini Fokus Untuk Melajukan Sambungan Internet