Cip Snapdragon 875 Dijangka Akan Meningkatkan Harga Peranti Flagship Xiaomi Pada 2021

Xiaomi sebelum ini terkenal sebagai pengeluar telefon yang menawarkan peranti dengan spesifikasi yang sepadan dengan harganya berbanding syarikat global lain. Melalui laporan terbaru, peranti flagship Xiaomi pada 2021 dijangka akan melepasi segmen harga yang lebih tinggi berikutan penggunaan cip Snapdragon 875.

Jika diimbas kembali, peranti yang menjana cip pemprosesan Snapdragon 865 pada tahun ini dijual dengan harga yang lebih tinggi berbanding model sebelumnya. Antara sebab peningkatan harga peranti adalah berikutan cip Snapdragon 865 yang semakin mahal.

harga flagship Xiaomi

Xiaomi kini dilaporkan menandatangani dokumen tempahan yang mendedahkan harga cip Snapdragon 875 iaitu sekitar $250 (~RM1,000), termasuk modem Snapdragon X60 5G.

Pada masa ini, Snapdragon 865 dijual pada harga sekitar $150 (~RM640). Ini bermakna, cip pemproses terbaru adalah $100 lebih mahal. Dengan peningkatan harga cip pemproses, segmen harga peranti flagship turut dijangka mengalami peningkatan berdasarkan tren sebelumnya.

Dalam pada itu, cip Snapdragon 875 dijangka akan menampilkan pemproses Super-Core Cortex-X yang digabungkan dengan tiga teras Cortex-A78 dan 4 teras (1+3+4). Ia dikatakan mempunyai prestasi 30% lebih baik berbanding Cortex-A77.

Sumber: GizChina

Beli produk Xiaomi dari:
Lazada (https://invol.co/clppr7)

 

Berkaitan